[Video] Subhanallah, Keluarga India Hindu Terima Anak Jiran Yg Muslim Utk Tumpang Solat Di Rumahnya



Subhanallah, macam-macam perkara yang mengujakan berlaku melibatkan agama Islam semasa musim PKP ni. Dan kali ni admin nak kongsi sebuah kisah yang menarik… Admin terpegun menonton video yang dimuat naik seorang netizen yang beragama Hindu yang memaparkan bagaimana seorang anak jirannya yang beragama Islam  datang ke rumahnya untuk tumpang solat!
Baca coretan netizen tersebut…
Saya nak kongsikan sesuatu yang buat saya tersentuh.. Dalam gambar ni adalah jiran saya dan anak saya.. Untuk pengetahuan semua.. saya adalah penganut Hindu sekeluarga. Dan sejak pelaksanaan PKP jiran saya akan datang rumah dengan sejadahnya dan minta untuk tumpang solat..
Sekalipun kami terkejut tapi saya berbesar hati menerima tamu ini setiap hari… Saya percaya semua agama membawa kepada penyatuan dan kebaikan.. Jadi anak saya yang baru berusia 2 tahun dah mula meniru ‘sahabatnya’ solat..
Saya harap tak ada yang mengec@m.. Saya bahagia dengan cara ini.. Dan saya gembira dengan kebaikan yang datang dalam keluarga saya.. Terima kasih semua.
Mari tonton video…